Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perlis yang baharu akan melibatkan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dan tiga lagi daripada Bersatu.
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata lantikan itu juga akan menyaksikan penglibatan hampir keseluruhan muka baharu dalam arena politik di negeri berkenaan.